Soalan lazim, jawapan yang jelas.
Semua yang anda perlu tahu sebelum datang ke Klinik Veterinar DrVET Batu Pahat.
Apa yang anda nak tahu?
Tekan mana-mana soalan untuk lihat jawapan. Kami susun ikut topik supaya lebih mudah dicari.
Perlu buat appointment?+
Appointment digalakkan untuk memudahkan urusan dan mengurangkan masa menunggu. Walk-in juga boleh, tertakluk kepada keadaan klinik.
DrVET buka hari Jumaat?+
Jumaat ialah hari tutup klinik. Isnin–Rabu 10 pagi–6 petang, manakala Khamis, Sabtu dan Ahad 10 pagi–5 petang.
Bagaimana nak buat appointment?+
WhatsApp kami di 010-831 8230 dan beritahu nama pemilik, nama haiwan, servis atau masalah yang ingin diperiksa serta tarikh yang diinginkan.
Kucing belum vaksin boleh datang?+
Boleh. Doktor akan membuat pemeriksaan dan menilai keadaan kesihatan sebelum sebarang vaksinasi diberikan.
Ada servis pemandulan?+
Ya. DrVET menyediakan prosedur spay dan castration. Hubungi kami untuk semak slot serta persediaan sebelum prosedur.
Ada grooming?+
Ya, grooming tersedia. Hubungi team DrVET untuk semak servis dan ketersediaan slot.
Ada cat boarding?+
Ya, Hotel Meow menyediakan perkhidmatan cat boarding. Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan tempahan.
Ada house call?+
Ya, house call tersedia melalui appointment. Sila hubungi kami untuk semak kawasan liputan dan slot yang tersedia.
Tanya kami terus.
Team DrVET sedia membantu melalui WhatsApp.